27.6.10

Lihatlah Umat Islam

Labels:


22.6.10

BUKTI CINTA

Aduhai begitu lemah manusia andai tanpa pedoman hidup. Segala kefasadan dilihat tiada apa-apa. Bagaikan tiada hukum alam. Bagai tiada Penguasa. Mengaku dicipta namun lupa akan Sang Pencipta. Kejumudan manusia pasti membawa kepada kebinasaan. Lantas, arus dilawannya. Bagaimana mungkin makhluk ciptaan HIDUP tanpa Yang Memberi Hidup?
Bolehkah KUAT tanpa Sang Pemberi Kekuatan?


Janji diingkari. Manusia jadi mabuk akan makhluk yang bernama Dunia. Itulah tujuannya. Cintanya. Lupa akan janji dengan Sang Pencipta. Lupa akan diri begitu lemah. Semakin jauh hatinya dengan Kalam Tuhan. Sunnah Rasul pula bagaimana? Sedangkan itulah penyelamat umat manusia.

Kenapa tidak memilih yang terpelihara? Bukannya selama beberapa hari, beberapa bulan, beberapa abad. Namun sampai Hari yang menjadi penantian semua orang. Namun, ada juga yang ragu. Angkuhnya manusia itu. Diakah yang memiliki isi dunia? Lupa asal usulnya yang hina. Memalukan.

"Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkan-Nya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu). Dan Allah Maha Kuasa berbuat demikian." (4:133)

Hinanya manusia. Boleh sahaja Allah melenyapkan kita dalam sekelip mata. Betapa kerdilnya hamba Tuhan. Sehingga Allah sanggup menggantikan kita dengan umat lain.. Astaghfirullah.. Namun, ketika ini kita masih melihat dunia. Tanda Maha Pengasih Sang Pencipta.

Alam yang dinikmati bukti kasih Tuhan kepada Hambanya. Di mana syukur kita? Berat sangatkah Perintah-Nya? Manusia lebih sanggup memikul dosa-dosa.


3.6.10

PENANTIAN 31 MEI



Gaza menanti penuh debar
Saudaranya ingin membantu mereka
Apa agaknya yang menanti di tengah samudera
Ribut taufan? atau tornado israel la'natullah?
Sesekali tidak mematahkan semangat mereka
Malah lebih berkobar-kobar obor jihad yang dibawa
Apa pula yang Gaza harapkan?
Bantuan semata?
Tidak Wahai Yahud!
Gaza menanti penuh debar
Bukan pada bantuan yang akan tiba
Tetapi keselamatan saudaranya yang dalam perjalanan
Kerana mereka 'masak' dengan kebiadapan Israel
Gaza menanti untuk bertemu saudaranya yang tulus
Selamatkah mereka?
Selamat atau tidak
Serahkan kepada Yang Maha Merancang
Apapun Ya Ghazzah,
Hari ini telah pun kalian tahu dan sedar
Begitu kami menyayangimu, mencintai tanah kita
Begitu ramai yang prihatin terhadap penderitaanmu
Manusia mana yang tegar melihat saudaranya dizalimi
Tetapi kami tidak mampu Ya Ghazzah
Kami mencari jalan untuk 'membebaskan'mu
Apa Sahaja jalan yanag bertujuan untuk membela mu
Kami cuba Ya Ghazzah
Kami laksanakannya
Daripada sekecil-kecil cara sekalipun menurut pandangan biasa
Tetapi kami jadikan itu adalah cara yang luar biasa impaknya, insyaAllah
Sedikit pun tidak terbeban
Demi mu
Demi tanah kami jua.




Labels:


2.6.10

KETIKA IMAN SAKIT...


Wahai diri
Kenapa engkau bermalas-malasan?
Sedangkan ramai umat Rasulmu sedang 'sakit' sekarang
Bangkitlah wahai diri
Selamatkan saudaramu semampumu
Jangan engkau mati tanpa myumbang apa-apa kepada agama
Wahai diri
Masih ramai saudara-saudaramu karam di lautan lagho
Apa engkau bahagia melihat mereka?
Sekadar melihat?
Tidak terfikirkah engkau ketika ini
untuk menyeru mereka?
Mengajak mereka memahami keadaan sebenar umat Islam sekarang
Kita bersuka ria di sini
Nun jauh di sana
Ramai saudaramu yang menderita
Menanti-nanti bantuan kita, saudara seakidahnya
Tidakkah mahu menolong bangsamu yang Islam?
Agar dapat merasai indahnya agama mereka itu
Engkau jika lemah wahai diri
Cuba bayangkan
Apatah lagi bangsamu yang di dalam kelalaian?
Wahai diri,
BANGKIT!!
Tidak guna meratap tanpa bertindak!
Ingat firmannya..
Selagi engkau sendiri yang tidak berubah
Begitulah engkau sampai bila-bila
Apa jawapanmu saat ditanya Tuhanmu kelak??
Bersediakah??
Bersyukurlah engaku wahai diri
Kerana hari ini engkau masih lagi diberi akal oleh Allah SWT untuk berfikir.

Labels:


KELAHIRAN

Seorang wanita yang baru hampir 4 bulan bergelar isteri menemani sahabatnya ke klinik berhampiran untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kebetulan pada hari itu diadakan pameran dan suntikan imunisasi rubella kepada pengunjung secara percuma. Sementara menunngu sahabatnya itu selesai membuat pemeriksaan, beliau menuju ke bahagian pameran untuk mendapatkan suntikan.

suntikan vaksin

Rubella/campak Jerman merupakan penyakit zaman dahulu yang berasal dari Jerman dan perkataan 'Rubella' adalah perkataan Latin yang bermaksud bintik-bIntik merah. Virus rubella menyerang tanpa disedari dan telah merebak ke seluruh dunia. Seseorang boleh terjangkit melalui cecair yang dikeluarkan oleh orang yang telah menghidap penyakit tersebut seperti bersin, batuk dan juga percakapannya. Oleh sebab itulah Kementerian Kesihatan membuat inisiatif dengan mengadakan program imunisasi kepada pelajar perempuan yang berumur di antara 11 hingga 14 tahun.

Sebelum diberikan suntikan imunisasi, setiap wanita perlu memeriksa darah atau urea badan terlebih dahulu untuk memastikan 'kelayakan' untuk disuntik. Vaksin akan diberikan sekiranya kandungan darah atau urea seseorang wanita tidak mengandungi human chorionic gonadotropin, HCG iaitu hormon kehamilan. Atau dengan kata lain, vaksin tidak boleh diberi kepada wanita yang hamil kerana berbahaya kepada bayi.

Kanak-kanak yang dijangkiti rubella

Setelah membuat pemeriksaan kehamilan, keputusan yang diperoleh ialah negatif. Maka, beliau boleh divaksinisasi. Doktor mengatakan bahawa selepas vaksin ini berada di dalam salur darah, wanita tersebut tidak dibenarkan hamil. Beliau diberi pilihan sama ada untuk mengambil ubat perancang atau ingin merancang sendiri supaya beliau tidak hamil selama dalam tempoh beberapa bulan. Wanita itu memilih unuk merancang sendiri. Beliau tidak mahu mengambil risiko daripada memakan ubat perancang.

Dua minggu kemudian, wanita tersebut mengalami gejala morning sick, loya-loya dan keletihan. Seperti simptom-simptom orang yang sedang hamil. Hairan. Beliau ke klinik untuk membuat pemeriksaan setelah seminggu berkeadaan begitu. Keputusannya ialah wanita itu hamil. Beliau terkesima dan rasa tidak percaya dengan keputusan itu. Namun, jauh dari sudut hati dan nurani seorang wanita, beliau sangat gembira mendengar berita itu. Apatah lagi mengandungkan zuriat yang pertama. Sudah pasti itulah 'hadiah' yang paling berharga buat suaminya dan seluruh ahli keluarga terutama ibu bapanya dan mertuanya.

Lamunan kegembiraan terhenti apabila beliau teringat akan sesuatu yang sangat penting dan langsung membunuh perasaan gembiranya. Beliau memberitahu doktor bahawa beliau baru diimunisasi 3 minggu yang lalu. Doktor terkejut mendengarnya dan terus memarahi beliau. Oleh sebab beliau tidak mengambil ubat perancang, doktor menuduh yang beliau tidak mengikut peraturan kesihatan. Beliau menjelaskan perkara sebenar dengan sedikit beremosi tentang ujian ureanya yang negatif hamil. Siapa yang tahan dengan tuduhan? Lagi-lagi wanita yang sedang hamil dengan keadaan hormon yang tidak stabil 'diterjemahkan' melalui emosinya.

Vaksin yang diterima oleh si Ibu yang mengandung akan membahayakan bayinya. Oleh sebab sistem imun bayi adalah sangat lemah, badan bayi tidak dapat melawan 'bandasing' iaitu vaksin rubella yang 'kuat' itu. Doktor memberitahu bahawa berkemungkinan bayi yang dikandung akan cacat dan mencadangkan supaya menggugurkan janin yang dikandungnya. Beliau sangat tidak bersetuju untuk menggugurkan bayinya. Beliau sangat geram dan membantah cadangan doktor tersebut. Beliau memutuskan untuk terus mengandung. Muktamad. Melihatkan 'kedegilan' beliau, doktor itu terpaksa akur dan meminta beliau supaya merujuk kepada doktor lain.

Atas nasihat doktor itu, beliau merujuk doktor lain dan cadangan yang diberikan adalah sama supaya menggugurkannya. Beliau tertanya-tanya sendiri. "Teruk sangatkah kecacatan yang berlaku kepada anak aku ni Ya Allah.. sehinggakan aku perlu menggugurkannya.." rintihnya. Perasaan sedih, marah, kecewa bercampur.

Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaanku ketika ini...

Sepulangnya ke rumah, beliau menceritakan segalanya. Ketika itulah beliau mendapat kekuatan daripada keluarga yang memberi sokongan moral dan menyuruh beliau menerima qada' dan qadar Allah. Kata mereka, cacat atau tidak, itu kerja Allah. Sekalipun anak itu cacat, terimalah dia. Semua itu adalah urusan Tuhan Yang Maha Berkuasa. Beliau bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dan memohon supaya terus diberi kekuatan untuk tabah menerima ujian daripada Allah. Selepas itu, jiwanya tenang.

Vaksin rubella yang ada di dalam salur darah si ibu akan dialirkan kepada janin dan 'berpotensi' untuk mencacatkan janin yang sedang tumbuh. Anak yang terkena rubella sebelum dilahirkan berisiko tinggi mengalami proses pertumbuhan yang lambat, terencat akal, masalah jantung dan mata, tuli, masalah pada hati, limpa dan sumsum tulang. Subhanallah..begitu dahsyat kesan rubella terhadap bayi!

Dengan tekad ingin meneruskan kehamilan, wanita itu menjaga kandungannya dengan baik. Pemakanan mestilah dari sumber yang halal dan yang terbaik, berkhasiat. Pertuturan dan tingkah laku dijaga. Pemeriksaan kesihatan diri dan kandungan sentiasa dilakukan pada setiap bulan. Surah Yusof, surah Maryam, surah Yaa Sin, surah Luqman lebih kerap dialunkan berbanding surah-surah lain. Semakin hari, semakin membesar janin, dan semakin membesarlah perut. Beliau menjalani kehidupan seperti biasa, seperti wanita hamil yang normal kandungannya.



Santapan rohani dan jasmani seorang Muslim


Pada suatu hari, semasa membuat pemeriksaan kandungan pada bulan berikutnya, jururawat yang bertugas memeriksa perut beliau terkejut dan memberitahu yang janin bayi wanita itu tiada kepala.

"Astaghfirullah..anakku..". Itu sahaja yang mampu beliau ungkapkan.


Pihak klinik merujuk masalah beliau kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Perut wanita itu diimbas.

"Subhanallah.. kepala bayiku ada pula! Alhamdulillah Ya Allah.."

******

DETIK-DETIK YANG DINANTI..

Sekitar jam 2000, iaitu pada waktu maghrib, perutnya mula terasa sakit yang amat. Minggu terakhir sebelum kelahiran, beliau dan suami tinggal di rumah nenek. Mungkin sudah tiba masanya untuk kelahiran zuriat pertama pasangan itu. Sakit, sakit dan sakit. Masa berlalu pantas. Bayi yang dikandung selama genap sembilan bulan belum juga keluar.

Ambulans dihubungi waktu pagi dinihari. Jam 0500 ambulans tiba. Oleh kerana jalan menuju ke rumah nenek beliau berpasir, ambulans tidak dapat masuk samapai ke rumah. Jadi, beliau terpaksa berjalan kaki menuju ke ambulans. Dengan kudrat yang ada dalam menahan kesakitan, beliau melangkahkan kaki. Jam 0600 mereka tiba di hospital. Beliau terus dimasukkan ke bilik bersalin. Doktor yang bertugas memeriksa 'jalan' bagi bayinya untuk keluar. Lambat lagi katanya. Baru 4cm! Dari maghrib semalam sakitnya.

Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Di sebalah katilnya, sahabat lamanya sedang berjuang melahirkan anak secara songsang. Keadaannya amat mendebarkan beliau. Setelah bersusah-payah melahirkan, terdengarlah tangisan bayi sahabatnya itu.

"Alhamdulillah....dia dan bayinya selamat.." ucapnya dalam keadaan menunggu-nunggu kelahiran bayinya sendiri.

Sempat lagi bertanya sahabatnya itu

"Sakitkah?" Jawabnya,

"Biasalah..." sambil tersenyum.

Hebat sungguh seorang wanita!! Lalu, dia dipindahkan ke bilik lain dan tinggallah dirinya bersama-sama doktor dan jururawat-jururawat di situ. Beliau merupakan anak saudara kepada salah seorang Staff Nurse di hospital tersebut. Maka, beliau diberi layanan yang baik.

Sakitnya menjadi-jadi. Namun, bayinya masih juga belum mahu keluar. Dalam kadar 5 minit sekali sakit, beliau terus bertahan. Badannya benar-benar lemah kerana dari semalam beliau tidak memakan apa-apa. Kesakitan mengatasi rasa lapar. Seorang doktor berbangsa Cina datang menghampiri beliau dan memeriksa kedudukan bayinya. Kepala bayi dalam kandungannya masih 'tinggi' dan menyarankan supaya menggunakan 'vakum' iaitu alat untuk memudahkan bayi keluar.

Doktor datang dengan membawa alatan Vakum dan memasangnya. Dengan ditemani ibu saudaranya di sebelah, beliau mendengar arahan yang diberikan oleh doktor. Tepat jam 1300 tangisan bayi telah menamatkan kesakitan wanita itu. Bayinya selamat dilahirkan. Doktor yang menyambut bayi itu meletakkannya di atas perutnya. Seorang srikandi telah lahir pada hari itu. Dilihat dan diamati anak itu sambil berkata,

"Syukur ke hadrat Ilahi Robbi...Ya Allah..anakku sempurna... tidak seperti apa yang diramalkan oleh doktor-doktor sebelum ini..subhanallah..".

Terdengar jururawat-jururawat berbisik-bisik sambil melihat anaknya yang sedang menghisap ibu jari. Brangkali lapar.

Anakku kelaparan setelah 18 jam membuat 'persediaan' melangkah ke alam baru..

Beliau yang tidak makan dari semalam sangat lapar. Sayangnya makanan yang disediakan oleh pihak hospital sudah sejuk. Tiada selera. Suaminya keluar untuk membeli makanan lain untuk isterinya yang tercinta itu.

Seorang jururawat datang dengan membawa jarum suntikan untuk mengvaksin beliau. Vaksin rubella. Belum sempat disuntik, ibu saudaranya yang setia di situ menyekatnya dan memberitahu kepada semua jururawat dan doktor yang ada di situ

"Jangan injek!! Yang lahir ni adalah 'anak rubella'!"

Mereka terkejut. Terkejut kerana anak beliau cukup sifat. Begitulah kebesaran Tuhan.

Alhamdulillah.. selesai sudah sebuah kelahiran pertama pasangan Ropiah binti Abd. Razak dan Amijudin Bin Mamat.


Sumber referensi:

http://www.enformasi.com/2009/02/virus-rubella.html

Labels:


This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]